
Halal Bihalal Keluarga besar BNNP Kalimantan Timur “ Janganlah kalian saling memutuskan hubungan, jangan saling membelakangi, jangan saling bermusuhan, jangan saling hasud.
Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur sapa dengan saudaranya di atas tiga hari. (HR Muttafaq ‘alaihi).
Silaturahim adalah jembatan kasih sayang dan Menjembatani sesama umat yang berbeda agama selainitu menjebatani dua sisi yang berbeda terhubung dengan jiwa kasih dan sayang.
Pentingnya seorang Mukmin menjaga hubungan antara umat beragama kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang murah. Justeru, umat yang memandang remeh hubungan silaturahim pastinya tidak mendapat keberkatan rezeki yang baik.
Sebagai seorang Islam, menjadi tuntutan untuk kita mengeratkan hubungan persaudaraan kerana apa sahaja perbuatan dan perlakuan di dunia ini ada kaitannya dengan akhirat. Seorang yang membina persaudaraan kerana Allah SWT juga akan dipelihara hubungan kesatuan sesama manusia di akhirat.
Hubungan persaudaraan sesama manusia hakikatnya bukan hanya berlaku di dunia, ia juga berterusan hingga ke akhirat. Manusia yang memutuskan silaturahim bukan hanya berada terasing di dunia, malah berseorangan di akhirat kelak.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1440 H
#stopnarkoba Humas BNNP Kaltim